Ramli MS Nak Saman 2 Syarikat Penganjur Konsert ??

Kami di maklumkan di Mstar, bahawa Datuk Ramli MS akan memfailkan tuntutan saman terhadap dua syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Konsert Keunggulan Francissca Peter kerana gagal melunaskan bayaran penuh kepadanya termasuk pihak pemuzik. Konsert berkenaan diadakan selama dua hari bermula 5 Februari lalu di Istana Budaya di sini. Ia dianjurkan bersama oleh Eye Design dan juga syarikat penjualan tiket iaitu www.ticket2u.biz. Ramli berkata, pemuzik yang mengiringi konsert berkenaan hanya mendapat 75 peratus sahaja bayaran manakala upahnya sebagai pemimpin orkestra langsung tidak dibayar.Tambahnya, selepas pembayaran berkenaan dibuat, pihak berkenaan terus mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran selanjutnya kepada mereka. Ramli menjelaskan, dia terpaksa meneruskan tugasnya memimpin konsert berkenaan apabila pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan bayaran pada hari kedua konsert tetapi mereka sebenarnya tidak melakukan perkara itu.Katanya, antara alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ialah mereka tidak mempunyai wang untuk melunaskan baki yang tertunggak Ujarnya juga, masalah yang timbul itu menyebabkan dia diburu oleh pemuzik yang terlibat dalam konsert berkenaan kerana mereka mahu menuntut bayaran masing-masing sehingga menjejaskan reputasinya dalam bidang seni. Berikut ulasan beliau ketika ditemui Mstar.

“Pada hari pertama konsert, pihak penganjur hanya melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus sahaja untuk pemuzik-pemuzik saya seramai 45 orang manakala baki 25 peratus lagi telah dilunaskan selepas sepuluh hari. Itu pun apabila peguam saya berhubung dengan pihak ticket2u.biz untuk menuntut bayaran berkenaan,”
"Pihak penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai cara saya bekerja iaitu mereka perlu membuat pembayaran keseluruhan kepada saya termasuk pemuzik pengiring sebelum konsert berlangsung.
“Malangnya mereka gagal memenuhi syarat itu menyebabkan konsert tersebut lewat 20 minit kerana perbincangan bayaran dengan pihak penganjur terpaksa dilakukan,”
"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang pembabitan saya menjadi pengarah muzik. Saya merasakan apabila timbul masalah seperti ini, pada masa akan datang sudah tentu pemuzik yang dipanggil bekerja di bawah saya bimbang untuk melakukan kerjasama lagi,”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply